Asslamualaikum , alhamdulillah hari dapat jugak menaip untuk tatapan anda semua .
Hari nie hari keempat saya bercuti , alhamdulillah dapat juga saya hasilkan resepi yang saya google nie , memang tak pandai sebab tu kena google , heheh
Alhamdulillah menjadi untuk santapan suami nanti ;)
Kat sini saya sediakan resepi beserta gambar bagi memudahkan anda semua faham ..
-Meatball Cheese Baked
-Bahan yg kita perlukan
Untuk meatball saya gunakan produk Ramly
Sos Prego Carbonara Mushroom
Susu Segar
Lada Hitam ( sedikit sahaja utk rasa dan di tumbuk hancur)
Bawang Holland dan Cili Hijau
-Cara Membuat
Rebuskan meatball sampai meatball terapung ke atas. Selepas itu tapis dan ketepikan
Potong cili hijau dan buang biji
Bawang holland tadi potong kasar
Panaskan minyak (sedikit sahaja). Tumis bawang dan cili tadi selama lebih kurang 2minit. Ketepikan ..
Lada hitam tadi tumbuk hancur
Dalam periuk yg lain , masukkan sos pregro, lada hitam dan 5 sudu susu segar dan masak sampai sos mengelegak.. Kalau sos pekat anda boleh tambahkan susu ikut kemahuan
Anda..
Susun meatball dan taburkan tumisan bawang serta cili diatas meatball
tadi
Taburkan mozzarella cheese dan siap untuk dibakar
Bakar pada suhu 180' selama 20-30minit
Selamat mencuba ;)